Saturday 25 August 2012

Ceritaku ketika di bulan Ramadhan & Syawal

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang segar di atas muka bumi Allah s.w.t ini..

pertama sekali,, apa khabar rakan2 sekalian.. lama sudah saya tidak update blog saya.. disebabkan kekangan masa dan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan jadi saya tidak dapat mengupdate entry blog ini..huhuu..

pelbagai perkara yang dah berlaku dalam hidup saya kebelakangan ini..pelbagai masalah dan rintangan yang saya perlu hadapi.. namun saya mengucapkan syukur kerana sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak saya dapat menunaikan ibadah tersebut dengan sempurna meskipun saya mengalami sakit yang teruk.. saya masih mampu berpuasa penuh..ALHAMDULILLAH.. amin.

ramai yang bertanya raya tahun ni tema baju warna apa?? suda beli baju raya?? saya malas nak menjawab..lagipun suda penat saya pusing2 Melaka semata-mata mencari baju raya tetapi tak jumpa..tidak satu pun yang berkenan di hati..

lagipun,, saya mendapat berita bahawa angah saya jatuh ketika main futsal dan menyebabkan kakinya terseliuh.. jadi terus hilang mood nak raya saya.. kuih raya pun tak dapat buat banyak.. saya hanya mampu menambah sedikit apa yang ibu dah buat..

jadi saya sekeluarga hanya menyambut bulan Syawal yang mulia ini secara sederhana..
walauapapun,, saya tetap ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA !
MAAF ZAHIR DAN BATIN..


No comments:

Post a Comment