Wednesday 26 June 2013

RINDU FAMILY !

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim..

01:00 a.m. entah kenapa aku rasa sebak giler..dari siang tadi aku bukan main happy giler ! aku nak balik minggu ni, btw aku dah janji nak pegi support event fakulti tourism roommate aku..minggu depan aku nak balik tak bole sebab ada program Kemahiran Insaniah (KI). kebetulan program tu jatuh pada tarikh birthday abah aku..sedeynya tak dapat celebrate sesama..even time start puasa nanti pun aku tak dapat nak sambut sesama dengan family aku..Ya Allah sedey sangat..sesungguhnya aku sangat rindukan family aku..banyak masa aku terluang kat uitm berbanding kat rumah..member2 aku semua rajin balik rumah tapi aku yang selalu terperap kat kolej..bukan aku tak nak balik tapi aku nak simpan duit sebab abah suruh berjimat..

aku masih ingat lagi, dari aku kecik sampai sekarang kalau abah nak kejut aku bangun tido mesti abah cium pipi aku..tak kesah la dia kejut aku bangun pegi sekola ke, dia nak pegi keje ke or kejut bangun sahur mesti dia cium pipi aku..seyes aku rindu giler..kalau aku sakit lagi la, dia jaga baik punya..seyes aku rindu giler kat ibu abah ! even aku selalu gado2 dengan abang2 and adik aku, abah mesti backup aku..sebabnya aku sorang je anak perempuan dia..kadang2 tu apa yang aku nak mesti abah akan cuba tunaikan..sampai abang2 and adik aku jealous giler dengan aku..hahaha..

ibu abah, kakak sayang sangat dengan ibu abah..maafkan kakak selama 21tahun kakak membesar dalam jagaan ibu abah..sejak kakak masuk U ni, kakak baru tahu susahnya nak lepaskan ibu abah..kakak hari2 rindukan ibu abah..kalau kakak teringat ibu abah mesti kakak nanges..kalau bole kakak nak balik selalu tapi abah tak bagi sebab abah nak kakak berjimat-cermat..kakak janji dengan ibu abah, kakak akan belajar rajin2 and kakak akan cuba sedaya upaya untuk berjaya dan buat ibu abah bangga dengan kakak..kakak akan cari kerja yang baik untuk tolong ibu abah..kakak sangat2 sayangkan ibu abah, along, angah and adik..kakak rindu sangat dengan semua orang..


my lovely family <3


Tuesday 25 June 2013

GET GOOSEBUMP AND HOPE MY MARRIAGE LIFE LIKE THAT !

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..

apakah? apakah? apakah? mesti ramai tertanya apa kaitan benda alah kat atas tu kan?? hehehe...
cerita2 melayu ni memang la da lama aku layan kan tapi aku takde la sampai kemaruk nak terus tengok..lagi2 citer2 yang diadaptasi dari novel ni like 'Adam&Hawa' , 'Ombak Rindu' , 'Lagenda Budak Setan'  tu bagai..tapi entah asal tah aku kemaruk nak tengok cerita 'Teduhan kasih' and 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'..aku pun tak paham la kenapa..hahaha

serious talk la kan, aku sebenarnya tak minat cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia ni..ramai kengkawan kata rugi tak tengok, best giler la..apa2 je la kan..but serious talk mun memang annoying giler bila dengar or baca orang tweet pasal #SSID nihh..semua tweet just pasal #izzueislam jehh..izzue islam hensem la, cute la..pebenda la dorang nih..seyes memang tak layan langsung..BUT semalam mun lepak bilik kawan mun buat keje sambil2 tu depa duk tengok cerita #SSID nih..mun pun saja lah join sekaki kan..nak tengok la apa yang bestnya..uolls tahu, bila mun start tengok terus tak nak lepas okay ! mun terus mintak copy cerita tu dari episod 1 - 11 *yang terbaru*...aku dengar cerita #SSID ni tinggal lagi 2episod je lagi..okay aku serious tak sabar tunggu lagi 2 episod ni..nak tahu apa jadi kat Firash dengan Syaff..hahaha..and and aku nak pegi beli novel dia ! serious talk !

btw, aku still tak lepas cerita Teduhan Kasih okay ! #adiputra pulak hero dia ! OMG ! OMG ! aku suka adi putra okay ! betapa sweetnya Ehsan kat si Effa tu ! bukan si Ayu tu je sakit hati, aku pun duk sakit hati ! hahaha..kalau lah aku dapat suami macam adi putra tu..haishh ! tak lepas weyh ! ikat kat bilik ! hahahah >.< aku biar cerita tu abes bersiaran kat tv, satg baru aku download suma2 tu..hahhaha...

Sebenarnya Saya Isteri Dia


Teduhan Kasih


addicted with those movie ! 
bila kau tengok cerita #SSID, aku mesti tersenyum tak berhenti !
tengok cerita #Teduhan Kasih pulak, jealous tak hebis2 !
hahahaha >.< masak2 !

aku sentiasa berdoa pada Allah s.w.t agar aku ditemukan dengan seseorang yang dapat menjaga, membimbing aku ke jalan syurga Allah s.w.t. menyayangi, mengasihi, mencintai, menghormati aku sebagai seorang wanita & isteri juga menghoramti kedua orang tua aku & dia.. InShaaAllah, amin..

Sunday 17 February 2013

Sakitnya Tak Terkata !

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah mun bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup di atas muka bumi Allah s.w.t ini..mun nak cerita sesuatu ni, tapi kalau mun cerita mesty korang tak percaya punya..ini serius mun tak tipu..Ya Allah mun terasa seperti nyawa mun nak tercabut je tadi..korang nak tahu kenapa?? Macam ni, tady lepas Maghrib mun rehat2 selepas sampai kolej petang tadi..mun sempat la tolong sikit2 roommates mun kemas2..lepas tu mun pun rehat, lepas Isyak mun tertidur..roommate mun ni dah cuci kipas tau..korang tau la bila kipas da cuci, dia punya laju tu mcm mana kan..sejuk yang amat weyh, even mun da slow kan kelajuannya..nak dijadikan cerita, tengah2 mun tidur ni, tetibe mun rasa dada mun berat sangat..mun cuba bernafas tapi tak dapat..mun rasa seluruh ruang pernafasan mun tersekat..badan mun tak bole nak bergerak langsung ! mun nak bernafas sangat sukar..mun nak buka mata tak bole, nak bergerak tak bole, nak bukak mulut panggil roommate mun pun tak bole ! bayangkan korang, Ya Allah rasa nak tercabut nyawa tadi tahu...disebabkan sangat tak tahan kerana tak dapat bernafas, mun kuat kan diri bangun jugakk..bila mun terjaga, roommate mun sangat terkejut & terus tanya "are u okay?"..and mun ckp sakit dada coz sejuk sangat..serious uollz, sejuknya mcm duk kat dlm rumah ais tu tahu ! mun bangun terus amek minyak angin sapu kat dada..and and sekarang nihh duk pakai sweater and berselubung..sejuk sangat uollz...mun takut sangat bila benda ni berlaku..bayangkan, tak bole bergerak, bernafas & bercakap ! sakit sangat dada nihh..even da letak minyak angin pun masih belum kurang lagi sakitnya..sesak nafas paling teruk mun pernah kene seumur hidup nihh..Ya Allah, mun harap2 tak kan terjadi lagi perkara nih masa hadapan..memang malam ni mun tidur pakai sweater, slimut dua lapis la jawabnya..

p/s : berdoa moga Allah s.w.t masih memberi diri ini peluang hidup di atas muka bumi ini & berubah ke arah kebaikan dan meninggalkan segala larangannya..ameen..

Friday 15 February 2013

RINDU

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim..

Rindu?? Kenapa dengan rindu?? Rindu adalah satu perasaan fitrah yang ada dalam diri setiap insan..Bila kita sayangkan seseorang, kita mudah merasa rindu..seperti mana kita rindukan Allah s.w.t dan juga Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Rindu yang datang bertamu di hati ini sukar untuk kita hapuskan..Kita merasa rindu sehingga kadang kala menyukarkan kita untuk bernafas..Mesti korang semua pelik kan kenapa mun tetibe jady jiwang2 nihh..huhu..Entah lahh mun pun tak tahu kenapa..Mungkin kerana video semalam kot....Video apa??? jengjengjeng.....hahah =D

Okay macam nihh,, semalam masa tengah scroll2 FB tetiba ternampak someone post video kat fb dia..Jadi mun pun bukak laa video tu nak tengok apa yang dia update kan..Bila mun bukak, tengok2 video dia tengah main gitar sambil nyanyi lagu 'Pergilah Sayang'..okay kat situ da terasa sesuatu..terasa macam ada sesuatu tersekat di dada mun nihh..korang tahu tak apa tandanya itu?? haishh mun pun tak tahu lahh kenapa....

Bila dah tengok video tu, mula lahh update kat twitter macam2..masa update tu takde rasa apa,, just nak meluahkan perasaan jeh..tapi lama2 tetibe rasa malu..huhu...apa yang mun update kat twitter ekhh??? alah malu lahh nak cakap..hehe =P  sikit je mun bgtahu kat uollz okay =)

p/s : mesty korang rasa mun ni gedik tahap gaban kan?? sory la, ni tetibe terlintas di hati mun..so trus taip dgn sndirinya tanpa fikir apa2...korang jangan gelak kan mun ye..malu ni tau =P

apa2 tah yang mun update kat twitter :


rasa rindu nak onthephone and dengar dia nyanyi lagu special untuk aku =') skarang dia da de gf, so tak bole kcau..


dlu bila dia nak, jual mahal..kan skang da mlepas =..= tp tkpe, ada hikmahnya =)

baru nak tegur tapi dia da hilang..sedeyh nya..haishh napa laa aku tolak dia dulu..

tolak sebab tak sedia lagy..takot dikecewakan lagy..humm...

@munieraibrahim
mungkin juga Allah belum bukak kan pintu hati aku untuk dia..

i'm really miss that moments where he will call me every night..and sometimes sing a song for me..

pernah sekali dia dengan member dia nyanyi lagu yang dicipta khas untuk aku sambil main gitar..haishh...


*tetibemalupulakk* ayt ni aku post lepas aku rasa tah pape update psl tuhh..hehe =P
aku ingat nak minta dia nyanyi kan satu lagu untuk aku bfore dia tunang..
agak2 korang bole tak?? aku takut bakal tunang dia tak suka jehh..
macam mana ekhh??? huhuh....



Tuesday 12 February 2013

Nak Berkongsi dgn Uollz =)

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahamanirrahim.

Hello. darlings..ahakks tergedik pulakkk kann..hahah..korang mesty nak tahu kan apa yang mun nak kongsikan dengan korang kan?? entry yang lepas mun ada citer pasal novel best kan...tu baru novel uollz..pagy tadi mun bukak laa blog si penulis novel tu kan..mun baca cerpen2 and short novel kat blog tu..best2 uollz..haishhh ni yg nak buat mun slalu baca blog ni..tapi mun takde masa laa nak jady blogger tetap ni kan..mun ni bukan ada masa sangat..and and mun ni bukan ada idea sangat nak update blog ni..hehe..

ha,, citer pasal novel and short novel ni kan..baru beberapa hari lepas mun baca entry kawan mun tau..dia update satu story sgt best..mengalir airmata mun baca short novel yang dia hasilkan..ni mun share link dia..korang try la baca semua post2 dia kan blog tu..(promote promote ni =P)  
http://letsgetcraziee.blogspot.com/ <-- ni la link blog kwn mun tu..mun suka baca dia punya sbb ada byk pengisian yg dia kongsikan...sebenarnya ada lagy sorang kwn mun yg suka berkongsi sedikit ilmu yg bg mun sgt berguna..tapi mun lupa link blog dia..nanty kalau mun tahu mun akn bgtau korang semua okay? =)

okay now mun nak kongsikan dgn korang link untuk penulis novel "Bila Blogger Jadi Maid" pulakk..ni yg mun citer kat atas tadi tu..banyak karya2 yang dia hasilkan..cuma mun tak sempat nak baca semua laa kan..mun pun baru bukak pagy tadi..tapi uollz, mun nak bgtau ni yg dia punya karya mmg best2..buatkan mun hari2 nak baca dia punya blog..hehe =P mun doakan semoga dia berjaya menjadi seorang novelis yang terkemuka seperti Aisya Sofea, Damya Hanna, Siti Rosmizah & ramai lagy laa..huhu..ni mun letak link dia 
--> http://akubukannovelis.blogspot.com ..korang amek masa sedikit tuk baca hasil karya dia..korang pasty akan suka baca karya2 dia..

okay la uollz, mun minta diri dulu ye..mun nak keluar pegy KL ni anta abg mun..doakan moga perjalanan mun pergi dan balik selamat..hope korang enjoy cuti korang =) Adios ! Sayonara ! Annyeong ! Zaijian ! Selamat Tinggal ! Assalamualaikum semua =)

BILA BLOGGER JADI MAID

Assalamualaikum w.b.t
Bimillahirrahmanirrahim..

Ehem ! Ehem ! Hello guys ! maaflah dah lama tak update blog ni..alah kalau update pun bukan org nak baca pun..hemm =(  ..okay2 saya gurau2 jehh...mesty korang tertanya-tanya cerita apa aku nak update kali ni kan..huhu..tu tajuk kat atas tu laa yang saya nak update sekarang nihh.. and and mesty korang pelik, mun ni da start nak karang novel ke?? haha =) mesty laa tak..mun bukan pandai nak buat ayat2 jiwang mcm dlm kebanyakan novel tuh..apa laa korang nihh..citer yang mun nak update ni ialah berkaitan dengan novel..pasty korang akan ckap kan da agak nak try buat novel...bukan bukan! mun nak citer pasal novel yang mun baru baca sebenarnya..tak percaya?? okay mun tunjuk bukti okay?! =)

ni buktinya :


okay sekarang korang semua percaya tak?? ha ni la yang mun nak cerita sebenarnya..mun nak kongsi dgn uollz yang novel ni BEST ! walaupon mun tak habes baca lagy, tapi dah separuh novel ni mun baca..best sangat2 ! tapi tatau laa pulakk bagi korang kann..bila baca novel ni buat mun teringin nak kawin dgn lelaki romantik mcm dlm novel nihh..karakter lelaki ni ada sikit mcm Nichkhun ahli 2PM tu..alahh group KPOP dari KOREA tuhh...kenapa mun ckp mcm Nichkhun tuhh?? and and mcm mna mun tahu sifat gentle Nichkhun tu??hehe..mun de tgk citer "We Got Married Nichkhun & Victoria" ..dari situ mun tahu bgaimana cara Nichkhun tu..sweet sgt ! ouhh I LOVE IT ! haha..okay2 perasan jap..hehe..

korang try laa baca novel nihh..seyes best ! nanty kat bawah ni mun tulis sinopsis novel ni buat tatapan korang okay? =) once korang da baca, give me know its okay or so so..hehe..ouhh ! and and if korang ada novel best nak kongsi, bole laa bgtau =) mun ni peminat novel ! hehe :p

SINOPSIS
Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

"Jadi awak nak saya buat apa?"
"Awak kahwinlah dengan saya."

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam kehidupan Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu perasaan hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan? Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash? Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai? Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati? Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah? Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?

okay that is the sinopsis the novel..mesty buat korang tertanya-tanya kan apa kesudahan novel tu..kalau nak tahu HARUSLAH korang semua baca..mun pun tak habes baca lagy nihh..so sekarang mun nak sambung baca..hehe..papai uollz...semoga ketemu lagy di entry yang akan datang..zaijian ! sayonara ! annyeong ! good bye ! Assalamulaikum w.b.t... salam sayang buat semua  =)

Monday 24 December 2012

Menu Sihat =)

Assalamulaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim..

apa khabar kalian?? saya alhamdulillah sihat sejahtera..nak kongsi cerita apa ye..hummm...hehe =P 
okay2, sejak saya sambung semester 3 ni saya dah tak update blog lagy..agak sibuk sikit and line bband slow so tak dapat nak update blog..

minggu lepas iaitu pada 14, 15 & 16hb 12 2012 berlangsungnya Festival Zon B..festival ni merangkumi kolej2 Zon B (Tun Teja, Tun Fatimah, Tun Puteri, Tun Senaja, Tun Kudu, Lekir, Lekiu & Jebat)..macam2 acara yang diadakan..salah satu nya Pertandingan Menu Sihat..pertandingan ni diadakan pada 15/12/2012..saya salah seorang peserta dan merupakan wakil kolej Tun Teja..bahan2 yang disediakan ialah kubis, tomato, cili benggala, olive oil, roti, lobak merah, timun & macam2 lagi..setiap kolej harus menghantar 2orang wakil..jadi saya bersama NYDP kolej saya menyertai pertandingan tu..kami decide on the spot to make salad..and the name is Arabican Salad..kami hidangkan bersama tousand island & juice iaitu Apple Prune Juice..kami diberi masa selamat 45 minit sahaja..for the juice nasib baik RS kolej kami baik hati untuk menyediakannya..thanks a lot to Miss Masitah Sipon..

jadi selepas 45 minit berhempas pulas menyiapkan salad tersebut maka terhidang lahh menu sihat kami iaitu Arabican Salad & Apple Prune Juice =)  kami sangat nervous ketika sesi pengadil merasa hidangan kami..hiasan yang simple hidangan yang simple berbanding group2 lain..kami berharap sangat hidangan kami dapat menarik hati juri..kami juga merasa takut kalau keputusan di umumkan pada ketika itu juga..namun kami bernasib baik kerana result tidak diumumkan on the spot..lepas sesi juri merasa, maka datang lahh rakan2 dari kolej & turut merasa salad tu..alangkah gembiranya bila mereka ckap "wow sedapnya!"..hehe =P
pada majlis penutup sebelah malamnya 16/12/2012 saya tak dapat ikut serta sbb badan saya sakit2 sbb pagi nya saya turun untuk meniaga..kerana ni salah satu aktiviti yang wajib semua kolej sertai..macam2 anugerah disampaikan untuk setiap pertandingan yang diadakan..time tu saya tak tahu lagy apa result untuk pertandingan menu sihat tu..agak nervous sebenarnya malam tu..tunggu gakk member2 text bgtau result tp takde sampai saya tertido..esok pagi nya masa kat toilet nak mandi utk pegy class, terserempak dgn NYDP..dia bgtau utk menu sihat tu kita menang tau..hadiah nya ada kat bilik kita..nanty kita bukak kat rumah RS ekhh..saya terkejut & hanya mempu ckp OK..then tnya kat dia, kita dpt nbor brape?? dia cakap kita dpt NOMBOR 3..takpe bg saya nombor 3 pon dah cukup..hehe =P but dlm hati happy giler !!!

bangga jugakk sebab menang dapat NOMBOR 3 dari takde kan..hehe =P
walau hakikatnya sedeyh sebab tak dapat buat dengan kawan yang dah memang cadang nak buat sesama..
 takpe laa Adah,, kita bole buat benda ni sama2 lain kali..kita buat sendiri kat bilik =)

tu je la ceritanya..hehe =)
sekian terima kasih..