Tuesday 12 February 2013

BILA BLOGGER JADI MAID

Assalamualaikum w.b.t
Bimillahirrahmanirrahim..

Ehem ! Ehem ! Hello guys ! maaflah dah lama tak update blog ni..alah kalau update pun bukan org nak baca pun..hemm =(  ..okay2 saya gurau2 jehh...mesty korang tertanya-tanya cerita apa aku nak update kali ni kan..huhu..tu tajuk kat atas tu laa yang saya nak update sekarang nihh.. and and mesty korang pelik, mun ni da start nak karang novel ke?? haha =) mesty laa tak..mun bukan pandai nak buat ayat2 jiwang mcm dlm kebanyakan novel tuh..apa laa korang nihh..citer yang mun nak update ni ialah berkaitan dengan novel..pasty korang akan ckap kan da agak nak try buat novel...bukan bukan! mun nak citer pasal novel yang mun baru baca sebenarnya..tak percaya?? okay mun tunjuk bukti okay?! =)

ni buktinya :


okay sekarang korang semua percaya tak?? ha ni la yang mun nak cerita sebenarnya..mun nak kongsi dgn uollz yang novel ni BEST ! walaupon mun tak habes baca lagy, tapi dah separuh novel ni mun baca..best sangat2 ! tapi tatau laa pulakk bagi korang kann..bila baca novel ni buat mun teringin nak kawin dgn lelaki romantik mcm dlm novel nihh..karakter lelaki ni ada sikit mcm Nichkhun ahli 2PM tu..alahh group KPOP dari KOREA tuhh...kenapa mun ckp mcm Nichkhun tuhh?? and and mcm mna mun tahu sifat gentle Nichkhun tu??hehe..mun de tgk citer "We Got Married Nichkhun & Victoria" ..dari situ mun tahu bgaimana cara Nichkhun tu..sweet sgt ! ouhh I LOVE IT ! haha..okay2 perasan jap..hehe..

korang try laa baca novel nihh..seyes best ! nanty kat bawah ni mun tulis sinopsis novel ni buat tatapan korang okay? =) once korang da baca, give me know its okay or so so..hehe..ouhh ! and and if korang ada novel best nak kongsi, bole laa bgtau =) mun ni peminat novel ! hehe :p

SINOPSIS
Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

"Jadi awak nak saya buat apa?"
"Awak kahwinlah dengan saya."

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam kehidupan Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu perasaan hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan? Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash? Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai? Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati? Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah? Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?

okay that is the sinopsis the novel..mesty buat korang tertanya-tanya kan apa kesudahan novel tu..kalau nak tahu HARUSLAH korang semua baca..mun pun tak habes baca lagy nihh..so sekarang mun nak sambung baca..hehe..papai uollz...semoga ketemu lagy di entry yang akan datang..zaijian ! sayonara ! annyeong ! good bye ! Assalamulaikum w.b.t... salam sayang buat semua  =)

No comments:

Post a Comment